Isnin, 16 Julai 2012

Aku dan Pancing

Tarikh Keramat
Semuanya bermula dari minat. 24 April 2009 merupakan tarikh bermulanya hobi baru dalam biodata kehidupan saya sebagai penjawat awam. bermain badmintan pada waktu petang dan juga kadang-kadang selepas solat Isyak merupakan rutin riadah saya hampir setiap hari untuk menyeimbangkan stress negatif dan positif setelah hampir sembilan jam di sekolah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran  (PDP). kadang-kadang pada waktu petang yang terluang Saudara Ronny (rakan sepejabat) mengajak saya bermain tennis di gelangang tennis sekolah. Memang benar riadah dapat menyihatkan dan menyegarkan di samping dapat merehatkan minda. 

Minat memancing
Sejak kanak-kanak lagi saya memang sudah mempunya minat memancing ikan. Hanya pada ketika itu saya cuma mengenal pancing secara tradisional iaitu menggunakan buluh berumpankan cacing dan belalalang.Jika berkesempatan saya dan kawan-kawan akan memancing di kolam-kolam berbayar. 

Tukar Hobi ?
Kaedah pancingan moden telah diperkenalkan oleh en. Ronny ketika bermain tenis di sekolah setiap petang. Saya yang sememangnya berminat dengan hobi ini langsung mengambil keputusan untuk bergiat semula. sejak itulah bermulalah hobi saya sebagai seorang pemancing. 


 

 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan